Sinopsis Kursus

1. YKT 101/3 - Pengantar Komunikasi Manusia
Pensyarah:
Puan Hamidah Abd Hamid
Dr. Azman Azwan Azmawati
Sinopsis:
Kursus ini bertujuan mendedahkan penuntut kepada asas-asas komunikasi manusia dari perspektif kecekapan komunikasi. Penuntut akan meneroka bagaimana meningkatkan motivasi, pengetahuan dan kemahiran berkomunikasi antara manusia. Bahagian satu akan membincangkan proses-proses asas yang penting dalam memupuk kecekapan berkomunikasi seperti persepsi, bahasa lisan, bahasa bukan lisan, pencerapan dan model asas komunikasi. Bahgian Dua akan membincangkan kecekapan komunikasi dalam konteks komunikasi interpersonal dan kumpulan.
Bahan Rujukan:
Morreale, Spitzberg dan Barge. (2001). Human Communication: Motivation, Knowledge & Skills. London: Wadsworth.
De Vito, Joseph A. (2001). Human Communication: The Basic Course. Harper Collins College Publishers.
Tubbs, Stewart L. dan Moss, S. (1994). Human Communication (ed.7). New York: McGraw Hill, Inc.


2. YKT 102/3 - Pengantar Komunikasi Massa

Pensyarah
Semester I
Dr. Hamima Dona Mustafa
Cik Nor Hayati Mohd. Jalil
Semester II
Puan Hamidah Hamid
Puan Rohani Hashim
Sinopsis:
Bahagian pertama membina kerangka pemahaman pelajar tentang konsep dan proses komunikasi massa. Seterusnya kursus ini menyorot sejarah dan perkembangan buku, akhbar, majalah, filem, radio dan televisyen. Dari sini perbincangan beralih kepada struktur dan operasi institusi media masakini serta peranan yang dimainkannya. Perbincangan akan ditumpukan kepada isu-isu penting seperti masalah "bias" dalam media, pelbagai pemaparan media yang stereotaip, pemilikan dan kawalan ke atas media. Akhir sekali, kursus akan membincangkan perkembangan teknologi media serta implikasi sosialnya.
Bahan Rujukan:
Dominick, J (2002). The Dynamics Of Mass Communication: Media in the Digital Age. (7th. ed). New York: Mc Graw-Hill.
Downing, J. et al. (1990). Questioning the Media: A Critical Introduction. Newbury Park, California: Sage.
Marsh, H. (1995). Creating Tomorrow’s Mass Media. Fort Worth: Harcourt Brace College Publishers.
McQuail, D. (1994). Mass Communication Theory. London: Sage.
Vivian, J. (1997). The Media of Mass Communication. (4th. ed) Boston: Allyn and Bacon.


3. YKT 103/3 - Komunikasi dan Masyarakat

Pensyarah:
Dr. Hamima Dona Mustafa
Sinopsis:
Kursus ini akan membincangkan perhubungan antara komunikasi dan masyarakat dari sudut perkongsian makna. Perkembangan media massa di Malaysia disorot sebagai contoh. Perbincangan akan dilakukan dalam konteks persekitaran sosio-politik dan ekonomi negara, sebelum dan sesudah merdeka. Bendungan perundangan ke atas media akan juga diberi perhatian.
Bahan Rujukan:
Curran, J, dan Gurevitch, M. (peny.) (1991). Mass Media and Society. London: Edward Arnold.
Asiah Sarji. (1991). Penyiaran dan Masyarakat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Safar Hasim. (1996). Akhbar & Kuasa. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
McDaniel, Drew O. (1994). Broadcasting in the Malay World. Norwood: Ablix Publishing Corp.
Mansor Ahmad Saman. (1996). Peranan Media dalam Masyarakat Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


4. YKT 111/4 - Teori dan Penyelidikan Komunikasi I
Pensyarah:
Puan Wang Lay Kim
En. Mahyuddin Ahmad @ Abdul Rahman
Sinopsis:
Kursus ini memberi penekanan terhadap dua disiplin utama yang telah mempengaruhi penyelidikan, iaitu psikologi dan sosiologi. Pelajar dilatih untuk memahami bahawa terdapat beberapa perspektif dalam kedua-dua disiplin ini yang dipengaruhi oleh beberapa aliran pemikiran. Pelajar juga disedarkan bahawa corak, strategi dan cara penyelidikan komunikasi berdasarkan perspektif-perspektif ini.
Bahan Rujukan:
Bulmer, M. (peny.) (1977). Sociological Research Methods: An Introduction. London: MacMillan.
Cuff, E.C., Payne G.C.F. et al. (peny.) (1979). Perspectives in Sociology. London: George Allen & Unwin.
Golding, P. dan Murdock, G. (1978). (Theories of communication & theories of society). Dalam Communication Research, Vol. 5. No. 3, July
Gurevitch, M. et. al (eds) (1982). Culture, Society and the Media. London: Methuen.
Jensen, Klaus Bruhn dan Jankowski, N. (1991). A Handbook of Qualitative Methodology for Mass Communication Research. London: Routledge.
McQuail, D. (1992). Media Performance. London: Sage.
Morley, D. (1980). The Nationwide Audience. London: BFI.


5. YKT 112/4 - Komunikasi Untuk Pembangunan Sosial
Pensyarah:
Haji Mohamad Md. Yusoff
Sinopsis:
Kursus ini menganalisis peranan, masalah dan isu komunikasi dalam proses pembangunan sepanjang tiga bahagian, iaitu transformasi masyarakat tradisional ke arah pemodenan berasaskan pembangunan ekonomi, kesan kolonialisme dan pergantungan dan masalah pemusatan kuasa di negara-negara Dunia Ketiga yang mempunyai pengaruh politik yang kuat terhadap proses pembangunan.
Bahan Rujukan:
Hettne, B. (1985). Ironi Pembangunan di Negara Berkembang. Jakarta: Sinar Harapan (terjemahan).
Jayaweera, N. dan Amunugama, S. (1995). Mengkaji Semula Komunikasi Pembangunan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &Pustaka.
Jomo, K.S. (1991). Masyarakat Malaysia: Cabaran Sosio-ekonomi. Kuala Lumpur: Insan.
Mel., S:R. (1991). Communication In Development In the Third World. New Delhi: Sage Publication.
Wilber, C.K. (1988). The Political Economy of Development and Underdevelopment. New York: Random House. (ed.4)


6. YKT 211/4 - Teori dan Penyelidikan Komunikasi II
Pensyarah:
Dr. Shanthi Balraj
Sinopsis:
Pelajar-pelajar didedahkan kepada pelbagai bentuk penyelidikan komunikasi - tinjauan, analisis kandungan, eksperimen, dan beberapa aspek mengenai kaedah kualitatif. Perhatian diberikan kepada memahami elemen dan tatacara menjalankan sesuatu penyelidikan. Isu nilai, etika dan ideologi dalam penyelidikan juga akan dibincangkan.
Bahan Rujukan:
Berger, A.A. (1991). Media Research Techniques. California: Sage.
Bailey, K.D. (1992). Kaedah Penyelidikan Sosial. Diterjemahkan oleh Hashim Awang. Kuala Lumpur: DBP.
Holsti, O.R. (1969). Content Analysis for the Social Sciences and Humanities. Massachussetts: Addison-Wesley.
Syed Arabi Idid (Peny.) (1999). Analisis Kandungan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Wimmer, R.D. dan Dominick, J.R. (2000). Mass Media Research. An Introduction. (Ed. 6). Belmont, Calif.: Wadsworth Publishing Co.


7. YKT 212/4- Komunikasi dan Budaya

Pensyarah:
Prof. Madya Mustafa Kamal Anuar
Sinopsis:
Budaya dilihat sebagai satu arena “pergelutan” di antara golongan-golongan tertentu di mana mesej-mesej yang dipancarkan melalui media massa akan membawa makna dan imej tertentu pada tahap nasional dan antarabangsa. Dinamika pemancaran dan penerimaan makna dan imej ini akan dianalisis dengan terperinci
melalui beberapa kajian kes.
Bahan Rujukan:
Storey, J. (1997). An Introduction to Cultural Theory and Popular Culture. London: Prentice- Hall.
Burnett, R. (1996). The Global Jukebox. London: Routledge.
Sabin, R. (1993). Adult Comics: An Introduction. London: Routledge.
Penley, C. dan Ross, A. (1991). Technoculture. Minneapolis: University of Minneapolis Press.
Grossberg, L. Nelson, C, & Traichler, P. (1992). Cultural Studies. New York: Routledge.
Kua Kia Soong (peny.) (1985). National Culture and Democracy. Petaling Jaya: K. Das Ink.
Hebdige, D. (1979). Subculture: The Meaning of Style. London: Methuen.


8. YKT 213/4 - Komunikasi, Kuasa dan Konflik
Pensyarah:
Puan Wang Lay Kim
Sinopsis:
Kursus ini melihat dan menganalisis hubungan di antara sistem dan corak komunikasi dengan pergolakan masyarakat. Dengan berbuat demikian, kursus ini meneliti andaian bahawa pergolakan tersebut berdasarkan ketidaksamaan kelas yang kemudiannya mengakibatkan konflik di dalam dan di antara masyarakat. Beberapa soalan tentang kegunaan sistem komunikasi untuk menyelesaikan konflik ini dikemukakan dan dinilai. Dalam konteks ini, kursus ini mengkaji dengan kritis andaian
bahawa penyelesaian yang dicapai adalah untuk kepentingan beberapa golongan tertentu yang berkuasa di tahap ekonomi dan politik.
Bahan Rujukan:
Curran, J. dll. (Peny.) (1993). Mass Media and Society. Edward Anold: London.
Jomo, K. S. (1990). Growth and Structural Change in the Malaysian Economy. Macmillan: London.
Mustafa Kamal Anuar (1994). “The Malaysian press and representation of minority groups” dalam Sojourn, 9(2): 200 - 212.
Syed Husin Ali (ed) (1984) Kaum, Kelas dan Pembangunan. PSSM: Kuala Lumpur.
Wang Lay Kim (2001). “Media and democracy in Malaysia”. dalam Journal of The European Institute for Communication and Culture (Jovnost). Vol. VIII. No. 2.
Zaharom Nain (1994). “Commercialization and control in a caring society: Malaysian media towards 2020”. dalam Sojourn, 9(2): 178 - 199.


9. YKT 214/4 - Teknologi Komunikasi
Pensyarah:
Prof. Madya Zaharom Naim
Sinopsis:
Kursus ini bermula dengan menganalisis sejarah perkembangan teknologi komunikasi dan beberapa pendekatan serta teori terhadap revolusi teknologi yang juga dihubungkaitkan sebagai revolusi informasi. Ini diikuti pula dengan membincangkan perkembangan teknologi komunikasi yang mengakibatkan berlakunya beberapa perubahan dalam masyarakat. Para pelajar diperlukan melihat dan meneliti pembentukan dan perkembangan teknologi komunikasi dalam konteks masyarakat
yang lebih luas lagi, termasuklah pengaliran maklumat di antara sempadan, kedaulatan negara dan imperialisme.
Bahan Rujukan:
Boyd-Barret, O. (1998). “Global News Agencies”. In The Globalization of News (eds). Boyd- Barrett, O & Rantanen, T. London. Sage.
Schiller, D. (1999). Digital Capitalism. The MIT Press, Cambridge, Massachusetts.
Schiller, Herbert, (1996). Information Inequality. New York & London: Routledge.
Susan Siew and Wang Lay Kim. (1996). Using New Communication Technology To Increase The
Status of Women: Reality or Illusion? in Media Asia, Vol 23, no. 2. Singapore: AMIC.
Journal of Social Issues in Southeast Asia, Vol 9, No. 2, October, Singapore: ISEAS.
Tiles, Mary & Hans Oberdiek (1995). Living in a technological culture. London & New York: Routledge.
Wang Lay Kim. (1994). “Gender and the New Communication Technology in Malaysia”. In SOJOURN.


10. YWP 215/3 - Pengenalan Kepada Kewartawanan
Pensyarah:
Tn. Hj. Haroon Haji Awang
Sinopsis:
Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan penuntut minor kepada dunia persuratkhabaran dan industri kewartawanan. Dalam kursus ini, penuntut akan diberikan pendedahan awal mengenai bidang kewartawanan, dari aspek teoretis. Selain itu, penuntut juga akan diperkenalkan kepada beberapa teknik dan mekanisme pelaporan berita, termasuk aspek undang-undang media. Gambaran awal mengenai kerjaya dan profesion dalam industri kewartawanan juga akan diberi
penekanan sebagai memberi gambaran keseluruhan mengenai industri persuratkhabaran.
Bahan Rujukan:
Herbert J. Gans (1979). Deciding What’s News. London: Constable.
Menchee, M. (1977). News Reporting and Writing. Dubuque, Iowa: WCB.
Brian McNair (1998). The Sociology of Journalism. London: Arnold.
Jeremy Tunstall (1996). Newspaper Power. Oxford: Clarendon Press.
Sulaiman Masri (1997). Komunikasi Berkesan, Penulisan Berita, Rencana dan Ulasan. Shah Alam: Fajar Bakti.
Mus Chairil Samani dan Faridah Ibrahim (peny.) (1966). Diskusi Etika Kewartawanan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.


11. YBP 221/3 - Perancangan dan Penilaian Kempen Komunikasi
Pensyarah:
Cik Nor Hayati Mohd. Jalil
Sinopsis:
Kursus ini akan bermula dengan perbincangan tentang kerangka kempen yang mengandungi 10 langkah utama: mengenalpasti masalah dan keperluan khalayak, pembentukan objektif kempen, pembentukan strategi kempen, segmentasi khalayak, pemilihan media, pembentukan media, perancangan pengurusan, latihan, pelaksanaan dan penilaian. Seterusnya, pelajar akan melibatkan diri di dalam pengumpulan data bagi mengenalpasti masalah dan keperluan khalayak melalui
satu penyelidikan ke atas pengetahuan, sikap, amalan melalui kaedah tinjauan.
Bahan Rujukan:
Rice, E. R. dan Atkins, A.K. (1989). Public Communication Campaigns. Newbury Park: Sage.
Moriarty, Sandra E. (1991). Creative Advertising: Theory and Practice. Englewood Cliff: New Jersey Prentice Hall, Inc.
Schultz, Don E. (1984). Strategic Advertising Campaign. Chicago: Crain Books (ed.2)
Adhikarya, R. dan Posamentier, H. (1987). Motivating Farmers for Action: How Strategic Multi-media Campaigns Can Help. Eschborn, Germany: GTZ.


12. YBP 223/3 - Periklanan
Pensyarah:
Haji Mohamad Md. Yusoff
Pn. Kamaliah Hj. Siarap
Sinopsis:
Kursus ini mengandungi tiga komponen penting: memahami institusi periklanan dan persekitarannya; menganalisis objektif perancangan, pengawalan dan penilaian kegiatan periklanan; dan pembentukan keputusan kreatif. Ia juga turut mendedahkan bagaimana strategi dalam pelaksanaan periklanan seperti pemikiran kreatif, pemajuan produk dan bukan produk, penulisan kopi/skrip, dan pemilihan pelbagai media.
Bahan Rujukan:
Wells, W., Burnet J., and Moriarty, S., (2000). Advertising: Principles and Practice. N. Jersey: Prentice Hall, Inc.
Juggenhemer, D.W., (1990). Basic Advertising. S.W. Publishing.
Ahmad Sidin Ishak dan Norbathi Baharuddin (1993). Asas Periklanan. DBP: Kuala Lumpur
Barban, A.M. Cristol, S.M. dan Kopec, F.J. (1987). Essentials of Media Planning. Illinois: NTU
Business Books. Terjemahan (Mohamad Md Yusoff) DBP.
Bovee, C.L. dan Aren, W.F., (1999). Contemporary Advertising. (2nd. ed.). Illinois.


13. YBP 224/3 - Perhubungan Awam
Pensyarah:
Puan Kamaliah Haji Siarap
Sinopsis:
Kursus ini dipecahkan kepada beberapa ciri pembentukan perhubungan awam yang mantap dan berkesan. Ianya merangkumi aspek-aspek perbincangan bidang ini masa kini; prinsip-prinsip "PR"; penyelidikan asas secara formal dan tidak formal; tumpuan kepada khalayak yang tertentu; strategi tindakbalas; pemilihan media dan seterusnya membincangkan bentuk-bentuk proses komunikasi yang diperlukan. Pelajar juga akan diberi beberapa kajian kes untuk dibincang dan
membentuk kempen perhubungan awam sebagai memenuhi sebahagian daripada keperluan tugasan kursus ini.
Bahan Rujukan:
Cutlip, S., Center, A., dan Broom, G. (2000). Effective Public Relations. (6th. ed). Englewood Cliffs. New Jersey: Prentice-Hall.
Hamdan Adnan (1987). Prinsip Perhubungan Awam. Shah Alam, Selangor: Biroteks, Institut Teknologi Mara.
Baskin, O, Aronoff, C dan Lattimore, D. (1998). Public Relations: The Profession and the Practice. (4th.ed). Dubuque: Brown & Benchmark.
Lowe, V. (1986). Komunikasi Aktif. Prinsip-prinsip dan Kes-kes Dalam Perhubungan Awam di Malaysia. Singapore: Times Publishing.
Newsom, D,. Turk, J.X., Kruckeberg, D. (2000). This is PR: The Realities of Public Relations. (7th.ed). Singapore: Wedworth.
Newsom, D. dan Scott, A (1985). This is PR: The Realities of Public Relations. Belmont, California: Wadsworth Publishing Co.,
Nolte, L. dan Wilcox, D. (1974). Fundamentals of Public Relations. Professional Guidelines, Concepts and Integrations. (2nd. ed). New York: Pergamon Press.
Wan Azmi Ramli (1991). Perhubungan Awam di Malaysia. Petaling Jaya: Longman Malaysia.

14. YBP 225/3 - Pengurusan Media
Pensyarah:
Haji Mohamad Md Yusoff
Sinopsis:
Kursus ini akan mengimbangkan aspek teori dan amali. Bidang teori akan memperkenalkan pelajar segala konsep, prinsip, takrifan, prosedur, permasalahan, strategi dan sumber data yang terdapat dalam perancangan media yang dipraktikkan di Malaysia. Kerja amali akan mendedahkan pelajar kepada kaedah pengiraan, penggunaan komputer mikro dengan penggunaan perisian komputer. Ini akan membantu pelajar membiasakan diri dalam kegiatan merancang, menganalisis, menilai serta membuat perbandingan antara media.
Bahan Rujukan:
Barban, A.M. Cristol, S.M. dan Kopec, F.J. (1987). Essentials of Media Planning. Lincoln: NTC Business Books.
Hall, R.A. (1987). Media Math: Basic Techniques of Media Evaluations. Lincolnwood, Ill: NTC Business Books.
Lancaster, K.M. dan Kats, H.A. (1987). Advertising Media Planning and Evaluations. Urbana- Champaign, III. University of Illinios of Urbana Champaign.
Sissors, J.Z. dan Goodrich, W.B. (1982). Media Planning Workbook. Chicago: Crain Books. Sissors, J.Z. dan Petray, E.R. (1976). Advertising Media Planning. Chicago: Crain Book.

15. YFP 221E/3 - Penerbitan Audio
Pensyarah:
Dr. Juliana Wahab
Sinopsis:
Kursus ini bermula dengan memperkenalkan prinsip-prinsip dan teknik-teknik asas penerbitan audio. Kursus ini juga akan menerangkan dan membincangkan perbagai format penerbitan audio i,e rancangan hiburan, temuramah, berita, iklan, pengumuman awam dan kempen sosial. Pelajar dikehendaki merancang dan menerbitkan sesi kontinuti (siaran lansung) dengan juruhebah, pembaca berita dan penemuramah.
Bahan Rujukan:
Gough, H. (1982). Planning, Presenting and Producing the Radio Programme. Kuala Lumpur: AIBD.
Redfern, B. (1985).Teknik Penerbitan Radio. (Terjemahan Rahimah Hashim) K.L.: DBP.
De Maesneer, P. (1986). Inilah Berita. (Terjemahan). K.L.: DBP.
Baird, L. (Peny.)(1992). A Guide to Radio Production. Sydney: Allen & Unwin.


16. YFP 222/3 - Penulisan Skrip dan Lakon Layar
Pensyarah:
Encik Muhammad Hatta Muhammad Tabut
Sinopsis:
Kursus ini memperkenalkan pelajar aspek dan teknik penulisan lakon layar filem cereka dan penulisn skrip filem dan video dokomentari. Pelajar juga akan didedahkan kepada asas-asas teknik penggambaran. Para pelajar akan diberi tugasan pendek di akhir kuliah sebagai latihan penulisan sebuah lakon layar filem cereka. Mereka dikehendaki menghasilkan sebuah skrip lakon layar filem cereka dan skrip filem dan video dokomentari.
Bahan Rujukan
Field, S, (1984). Screen Writer’s Workbook. New York: Dell Publishing.
Field, S. (1992). Screenplay: The Foundation of Script Writing. New York: Dell Publishing.
Nash, C and Oakey, V (1974). The Screen Writer’s Hand book: What to Write, How to Write, Where to Sell it. New York: Harper and Raw Publishers.
Johnson, R. And Bone, J. (1995). Understanding the Film: An Introduction to Film Appreaciation. Linconwood, Kinois: National Textbook Company.


17. YFP 223E/3 - Penerbitan Televisyen I
Pensyarah:
Dr. Juliana Wahab
En. N.V Prasad
Sinopsis:
Kursus ini bermula dengan memperkenalkan pelbagai sistem dan elemen penerbitan televisyen. Seterusnya pelajar diperkenalkan dengan asas video dan peralatan studio. Pelajar memulakan latihan formal menggunakan alat-alat video. Penerbitan televisyen di dalam dua corak, iaitu penerbitan dengan kamera tunggal dan penerbitan dengan kamera berbilang diajar. Pelajar akan menerbitkan rancangan video pendek menggunkan kamera tunggal dn rancangan majalah di dalam
studio dengan sistem kamera berbilang.
Bahan Rujukan:
Zettle, Herbert (2000), Television Production Hand Book, (7th edition). USA, Wordsworth.
Millerson, G (1989). The Technique of Television Production, London: Focal Press.
Millerson, G (1983). Effective TV Production, London: Focal Press
Wurtzel, Alan dan Acker, S. (1989). Television Production. New York: McGraw Hill.
Watts, Harris (1990). On Camera. London: BBC Books.
Robert B, Musburger (1993), Single Camera Video Production, London:Focal Press


18. YWP 221/3 - Kewartawanan I
Pensyarah:
Tn. Hj. Haroon Hj. Awang
Sinopsis:
Secara umum terdapat dua komponen besar dalam kursus ini. Bahagian pertama ialah mengenai kaedah penulisan. Dalam bahagian ini, pelajar akan mempelajari cara-cara menulis untuk akhbar dan majalah. Ini termasuk gaya penulisan, format dan gaya yang digunakan dalam sesebuah penerbitan. Pelajar juga akan dilatih dalam kaedah mendapat dan mengumpul maklumat untuk dijadikan "berita". Selain dari latihan menulis berita dari "beat" yang ditentukan, pelajar juga
menulis berita dari ucapan, siaran akhbar dan mesyuarat. Bahagian kedua melibatkan sistem akhbar dan organisasi berita. Ini termasuk tinjauan kepada
sistem perakhbaran yang berlainan, pemilikan dan kawalan dengan penekanan kepada keadaan di negara ini.
Bahan Rujukan:
Sulaiman Masri (1990). Penulisan Berita Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Meyer, P. (1979). Precision Journalism. Bloomington, Indiana: Indiana University Press.
Siebert, F, peterson, T., Wilbur S. (1987). Empat Teori Akhbar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (Terjemahan).
Hohenberg, J. (1978). The Profesional Journalist: A Guidet o the Practices and Principles of the News Media. (4th. ed.). New York: Holt, Rinehart & Winston.
Kua Kia Soong (peny).(1990). Media Watch, the Use and Abuse of the Malaysian Press. Kuala Lumpur: The Resource & Research Centre.
Mansor Ahmad (1986). So you want to be a journalist. Kuala Lumpur. Pustaka Cipta.


19. YWP 222/3 - Kenalfaham DTP
Pensyarah:
Dr. Adnan Hussien
Sinopsis:
Kursus ini bertujuan memberikan kefahaman, pengetahuan dan kemahiran asas teknik penerbitan menggunakan komputer mikro, khusus untuk penerbitan “in-house”. Ia meliputi pengetahuan praktikal merekabentuk dan mengaturletak bahan bercetak termasuk halaman akhbar, majalah, suratberita dan brosur menggunakan pelbagai perisian “desktop publishing” termasuk QuarkXpress, PageMaker dan Adobe Photoshop.
Bahan Rujukan:
Giles, V. & Hodgson, F.W. (1990). Creative Newspaper. London: Heinemann Profesional Publishing.
Moen, Darul R. (1984). Newspaper Layout and Design. Ames, lowa: The Lowa State University Press.
Parker, Rodger C. (2000). Looking Good in Print. (ed. ke4). Chaper Hill, N.C: Ventana Press.
Lichty, T. (1994). Design Principles for Desktop Publishers. (ed.2). Belmont, Calif: Wadsworth Publishing Co.


20. YWP 223 - Penulisan Rencana

Pensyarah:
Dr. Hamima Dona Mustafa
Dr. Azman Azwan Azmawati
Sinopsis:
Pelajar akan didedahkan kepada cara-cara menerbitkan idea: dari bacaan, pengamatan, dsb. Pelajar juga akan diberi panduan tentang kaedah mengumpul data dan menulis beberapa jenis rencana gambaran, profail, analisis, informatif, petua, pengalaman peribadi dan naratif. Isu-isu semasa seperti kepincangan keluarga, kesihatan, alam sekitar, pendidikan dan sebagainya akan dijadikan bahan rencana. Tokoh-tokoh yang boleh dijadikan contoh teladan juga akan dikemukakan.
Bahan Rujukan
Schaffer, James. et.al. (1998). Journalism Matters. New York: West Publishing.
Rich, Carole. (1997). Writing and Reporting News. New York: Wadsworth Publishing.
Mus Chairil Samawi. (1997). Penulisan Rencana Berkesan. Kuala lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jacobi, Peter P. (1991). The Magazine Article: How to Think it, Plan it, Write it. Cincinnati, Ohio: Write’s Digest.
Adibah Amin. (1983). Silap tu sayang.... Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd..


21. YBP 324/3 - Komunikasi Dalam Organisasi
Pensyarah:
Dr. Mohammed Zin Nordin
Sinopsis:
Kursus ini dibahagikan kepada empat penekanan yang utama dari sudut komunikasi keorganisasian. Pelajar akan diperkenalkan kepada asas dan isu teoretikal yang terdapat dalam kedua-dua bidang komunikasi dan organisasi serta kaitannya. Perbincangan juga akan dikaitkan dengan proses komunikasi dalam konteks tekanan persekitaran dalaman dan luaran organisasi. Corak dan bentuk organisasi juga dianalisis daripada berbagai peringkat proses komunikasi seperti
“dyadic”, kumpulan, dalam organisasi dan antara organisasi. Proses tingkahlaku komunikasi dalam organisasi juga akan dibincangkan.
Bahan Rujukan
Fulk, J. dan Steinfield, C. (1991). Communication in Organization. Newbury Park, California: Sage Publications Ltd.
Goldhaber, G. (1990). Komunikasi Dalam Organisasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jablin, F., Putman, L., Robert, K. dan Porter, L. (1987). Handbook of Organizational Communication. Beverly Hills: Sage.
Greenbaum, H. dan Falcione (1982). Organizational Communication: Abstract, Analysis and Overview. Beverly Hills, California: Sage Publications Ltd.
Forsyth, D. (1990). Group Dynamics. Pacific Grove, California: Brooks/Cole Publishing Co..


22. YBP 325/3 - Penerbitan Komunikasi Kreatif

Pensyarah:
Prof. Madya Dr. Khor Yoke Lim
Sinopsis:
Kursus ini menyambung lagi pengajaran dan pembelajaran tentang kempen komunikasi yang telah dilakukan di dalam kursus YBP 221. Sebagai sebuah kursus pra-amali yang menumpukan perhatian kepada pembinaan kemahiran di dalam perancangan dan pelaksanaan kempen, pelajar akan menghasilkan bahan-bahan kreatif kempen dengan mengikuti langkah-langkah perancangan seperti berikut: (1) mengenalpasti masalah kempen dan keperluan, (2) pembentukan objektif, (3) perekaan strategi dan “positioning” informasi, (4) analisis dan segmentasi khalayak sasar, (5) pemilihan media, (6) pembentukan mesej dan penerbitan bahan-bahan kreatif, dan (7) pra-ujian bahan-bahan media.
Bahan Rujukan:
Adhikarya, R. (1994). Strategic Extension Campaign: A Participatory Oriented-method of Agricultural Extension. Rome: FAO.
McKee, N. et.al (2000). Involving People Evolving Behaviour. Penang: Southbound.
Moriaty, S.E. (1991). Creative Advertising: Theory & Practice. Englewood Cliff, New Jersey: Prentice Hall Inc.
Pfau, M. dan Parrot, K. (1993). Persuasive Communication Campaigns. Massachusetts: Allyn & Bacon.
Reis, Al dan Trout, J. (1986). Positioning: The Battle of your Mind. New York: McGraw Hill.
Salmon, C.T, (1989). Information Campaigns: Balancing Social Value and Sosial Change. Newbury Park: Sage Publication.


23. YBP 326/3 - Komunikasi Korporat
Pensyarah:
Puan Kamaliah Hj. Siarap
Sinopsis:
Kursus ini mengandungi empat bahagian. Bahagian pertama memperkenalkan kepada pelajar tentang komunikasi korporat. Ia menyentuh peranan dalam ekonomi, politik, teknologi dan sosial. Turut menumpukan pada bahagian-bahagian utama dalam komunikasi korporat serta konsepkonsep yang mendasarinya. Bahagian kedua melihat pada identiti korporat. Pelajar-pelajar akan didedahkan kepada jenis-jenis identiti korporat, kesesuaian sesuatu identiti dengan korporasi serta
program-program yang mengukuhkan identiti korporat itu. Bahagian ketiga meneliti imej korporat dan bahagian mendedahkan kepentingan imej bagi sesuatu korporasi. Bahagian keempat ialah perancangan komunikasi korporat yang melihat kepada peranan perhubungan awam dan peranan komunikasi pemasaran dalam komunikasi korporat.
Bahan Rujukan:
Argenti, Paul (1998). Corporate Communication. Boston: Irwin the Gran-Hill.
Bernstein, D. (1986). Company Image and Reality: A Critique of Corporate Communication. Eastbourne: Holt, Reinhart & Winston.
Jackson, O. (1987). Corporate Communication for Managers. London: Pitman.
Poster, M.F (1985). Competitive Advantage: Creating and Sustaining Superior Performance. New York: The Free Press.
Riel, C. (1995). Principles of Corporate Communication. Singapore: Prentice Hall.


24. YFP 321/3 - Kajian Televisyen
Pensyarah:
Dr. Juliana Wahab
Sinopsis:
Televisyen merupakan salah satu intitusi sosial yang penting. Kursus ini bertujuan menganalisa fungsi dan kepentingan televisyen di dalam masyarakat.
Isu-isu berkaitan televisyen sebagai medium imformasi, berita dan hiburan akan dibincangkan dengan melihat perkaitan perkembangan genre televisyen. Kursus ini juga memberi tumpuan kepada perkembangan teknologi dan implikasinya ke atas medium ini.
Bahan Rujukan:
Fiske, J (1993). Television Culture, London: Routledge
Bennet, T. (1981). Popular Television and Film: BFI.
Rowland, Willard. et. al. (1984). Interpreting Television. California: Sage.
Tunstall, J (1993). Television Producers, London: Routledge


25. YFP 322/3 - Penerbitan Filem

Pensyarah:
Encik Muhammad Hatta Muhammad Tabut
Puan Rohani Hashim
Sinopsis:
Kursus ini akan bermula dengan komponen pertama iaitu skrip. Pelajar akan didedahkan dengan teknik asas penulisan skrip filem cereka, filem dokumentari dan filmlet. Mereka juga akan diajar konsep masa dan ruang filemik dan pembikinan “story board”. Komponen kedua ini akan memberi tumpuan kepada latihan yang lebih intensif dalam bidang sinematografi. Komponen ketiga pula akan tertumpu kepada teknik audio. Teknik penggendalian perakam suara Nagra 4.2 dan pelbagai jenis mikrofon akan diajar. Bahagian ini juga akan menumpukan latihan amali pengendalian peralatan audio pasca-produksi seperti pemindahan suara dari pita 1/4” kepada pita 16mm dan teknik adunan suara. Manakala pada komponen keempat, pelajar akan dibimbing untuk melakukan kerja-kerja penyuntingan filem. Pelajar akan diajar membuat suntingan kasar, suntingan halus dan suntingan audio.
Bahan Rujukan:
Backayy, L. (1980). In Focus: A Guide to Using Films. New York: Zoetrope.
Katz, Steven D. (1991). Film Directing Shot by Shot: Visualizing From Concept to Screen. Studio City California: Michael Wiese Productions.
Malkiewicz, J. (1989). Cinematography: A Guide for Film Makers and Film Teachers. Prentice Hall.
Verne dan Carlson, S. (1981). Professional Cameraman’s Handbook. Boston: Focal Press.
Verne dan Carlson, S. (1985). Professional Lighting Handbook. Boston: Focal Press.


26. YFP 323/3- Penerbitan Televisyen II
Pensyarah:
Encik N.V Prasad.
Sinopsis:
Kursus ini bertujuan mendedahkan pelajar kepada penerbitan televisyen di peringkat tinggi dan memberi peluang kepada mereka untuk menggunakan teknik ini dalam tugasan penerbitan. Pelajar akan diberi latihan mengendalikan rakaman Betacam secara professional dan sistem suntingan bagi tugasan luar studio. Pelajar akan mempelajari pengurusan krew dan penggunaan set didalam studio serta membuat perancangan, dan penyelenggaraan kepada sesuatu penerbitan. Pelajar akan bergilirgilir memainkan peranan sebagai jurukamera, jurusuis, penerbit, pengurus lantai, dsb. Penerbitan termasuklah rancangan-rancangan majalah televisyen, didalam studio yang merangkumi 3 segmen, temuramah, berita luar studio dan segmen hiburan. Rakaman studio dan luar studio diberi, diikuti dengan penyuntingan dan menyusun runut naratif. Pelajar akan membuat laporan dan berunding dengan pensyarah tentang kemajuan projek masingmasing dari semasa ke semasa. Bahan-bahan video akan ditayangkan dan dibincangkan secara kritis.
Bahan Rujukan:
Millerson, G. (1982). The Technique of Lighting for TV and Motion Pictures. Kent: Focal Press.
Millerson, G. (1983). Video Camera Techniques. Kent: Focal Press.
Watts, H. (1982). The Programme Maker’s Handbook. London: Starstream Books.


27. YFP 324/3 - Kajian Sinema
Pensyarah:
Encik Muhammad Hatta Muhammad Tabut
Puan Rohani Hashim
Sinopsis:
Bahagian permulaan kursus ini akan membina asas pemahaman terhadap konsep bahasa sinema dan elemen-elemen asas dalam rekabentuk kreatif dalam wayang gambar seperti kamera, sinematografi, rekabentuk penerbitan, suntingan, penataan cahaya, bunyi, naratif, stail pengarahan dan sebagainya. Bahagian kedua akan memberi penumpuan kepada aspek penganalisaan filem. Pelajar akan menganalisa dan mengupas beberapa filem antarabangsa dari pelbagai sudut melalui penontonan, kajian, bacaan dan perbincangan
Bahan Rujukan:
Bone, Jan and Johnson, Ron (1997). Understanding the Film. An Introduction to Film Appreciation. Lincolnwood: NTC Publishing Group.
Bordwell, David/Thompson, Kristin (1979). Film Art: An Introduction. New Delhi: Prentice Hall.
Ellis, Jack C. (1995). A History of Film. Boston: Allyn and Bacon.
Giananetti. L. (1982). Understanding Movies. Englewood Cliffs, H.J: Prentice- Hall, Inc.
Ramli Mohamed. (1999). Sinema dan Penonton di Malaysia. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Koleksi Khas.
Sterrit, David. (1999). The Film of Jean Luc Godard, Seeing the Invisible. Cambridge. United Kingdom: Cambridge University Press.
www. geocities.com/Hollywod
us.jmdb.com/
movies.excite.com/


28. YWP 321/3 - Kewartawanan II
Pensyarah:
Prof. Madya Mansor Ahmad Saman
Sinopsis:
Dalam kursus ini pelajar akan mengkaji bidang kewartawanan dengan mendalam dan mempelajari selok-belok penerbitan akhbar. Di samping mempelajari sejarah dan undang-undang yang berkaitan dengan persuratkhabaran di negara ini, pelajar akan terlibat dengan kerja amali dari perancangan, pemberitaan, penyuntingan, pencorakan, penulisan tajuk berita hingga penerbitan. Pengetahuan dan pengalaman ini akan dipelajari melalui pengurusan dan pengedalian penerbitan akhbar makmal Berita Kampus. Kursus ini akan mencari perseimbangan dalam nisbah antara teori dan amali. Para pelajar akan menggabungkan teori dan pengetahuan dalam kerja-kerja amali mereka. Tidak mustahil pelajar sering perlu bekerja di waktu malam untuk kerja-kerja perancangan, penyuntingan, pencorakan dan
lain-lain di Bilik Berita dalam usaha penerbitan akhbar makmal Berita Kampus.
Bahan Rujukan:
Ahmad Sebi. (1991). Media, Tinta dan Kuasa. Kuala Lumpur: Media Indah.
Belsey, Andrew & Ruth Chadwick. (ed) (1992). Ethical Issues in Journalism and the Media. London: Routledge.
Hennessy, Brendan. (1997). Writing Feature Articles. Oxford: Focal Press.
Mansor Ahmad Saman. (1995). Penulisan dan Media. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sulaiman Masri. (1997). Komunikasi Berkesan: Penulisan Berita, Rencana, Ulasan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.


29. YWP 324/3 - Seminar Media, Sains dan Alam Sekitar
Pensyarah:
Encik Zaharom Nain
Sinopsis:
Dalam jangkamasa dua puluh tahun kebelakangan ini, beberapa pihak - termasuk ahli politik, ahli perniagaan, pencinta alam, dan juga media - di wilayah ini telah mula sedar tentang alam sekitar dan impak strategi pembangunan tertentu ke atasnya. Beberapa pandangan - yang kerapkali bertentangan telah dikemukakan pula, berasaskan kepentingan tertentu, untuk menerangkan masalah alam sekitar yang dihadapi oleh masyarakat dunia dewasa ini. Tujuan kursus ini ialah untuk meneliti pandangan-pandangan ini secara menyeluruh dengan mengkaitkan soalan-soalan alam sekitar, terutamanya di Malaysia, dengan soalan-soalan pembangunan dan juga kuasa. Dengan meneliti kes-kes tertentu, dan bagaimana media menyediakan laporan tentang kes-kes ini, kursus ini juga membangkitkan beberapa soalan tentang kesahihan liputan-liputan tersebut dan ideologi yang mempengaruhi corak liputan yang sedia ada.
Bahan Rujukan:
Goldsmith, M. (1986). The Science Critic: A Critical Analysis of the Popular Presentation of Science. London: Routledge & Keagan Paul.
Sandman, P. (1986). Explaining Environmental Risk. Washington, D.C: EPA.
Friedman, S. dan Friedman, K. (1988). Reporting on the Environment: A Handbook for Journalist. Bangkok: Asian Forum of Environmental Journalists and ESCAP


30. YWP 325/3 - Penulisan & Pelaporan Sains
Pensyarah:
Puan Hamidah Abd Hamid
Sinopsis:
Dalam kursus ini pelajar akan didedahkan kepada keseluruhan proses pengumpulan, penulisan dan pelaporan berita tentang bidang sains dan alam sekitar.
Pelajar akan mengkaji laporan/artikel dalam jurnal sains tentang sesuatu penemuan, isu, kontroversi atau hipotesis dan membandingkan dengan pelaporan yang disiarkan dalam beberapa media massa. Berasaskan bahan tersebut dan sumber maklumat sains lain seperti saintis, sidang akhbar, siaran akhbar, Internet, pelajar mempelajari berbagai teknik kewartawanan bagi membentuk berita sains untuk khalayak popular dengan tumpuan kepada ‘menterjemah’ subjek dengan tepat serta dapat menarik perhatian pembaca.
Bahan Rujukan:
Knudson, M. dan D Blum (1997). A Field Guide for Science Writters. New York: Oxford University Press.
Flaste, R. (1991). The New York Times Book of Science Literacy. New York: Times Book.
Mus Chairil Samani. (1997). Penulisan Rencana Berkesan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Friedman, S., Dunwoody, S dan Roger, C. (1986). Scientists and Journalists: Reporting Science as News. New York: The Free Press.
Halliday, M.A.K. dan Martin, J.R. (1993). Writing Science: Literacy and Discursive Power. Basingstoke, Hampshire: Falmer Press.


31. YWP 326/3 - Pengurusan dan Penerbitan Akhbar
Pensyarah:
Prof. Madya Mustafa Kamal Anuar
Prof.Madya Mansor Ahmad Saman
Dr. Azman Azwan Azmawati
Sinopsis:
Kursus ini adalah kursus amali di mana pelajar-pelajar akan menerbit dan menguruskan pengedaran dan penjualan akhbar. Pelajar akan menerbitkan akhbar makmal Berita Kampus. Ini meliputi kerjakerja membuat aturletak, mengurus percetakan dan pengedaran.
Bahan Rujukan:
Muschairil Samani (peny.) (1996). Diskusi Etika Kewartawanan. Kuala Lumpur: Jabatan Komunikasi, UKM.
Md. Sidin Ahmad Ishak (1996). Strategi Penulisan. Kuala Lumpur: Jabatan Komunikasi, UKM.
Mehra, Achal (peny) (1988). Newspaper Management in the New Multimedia Age. Singapore: AMIC.
Arnold, Edmund C. (1969). Modern Newspaper Design. New York: Harper & Row.
Mencher, M. (1997). News Reporting and Writing (7th. ed.). Brown & Benchmark Publishers.
Frazel, D. (1996). Principles of Editing. Singapore: McGraw-Hill Book Co.
McGiffert, R. (1972). The Art of Editing the News. New York: Chilton Book Co.


32. YWP 327/3 - DTP Lanjutan
Pensyarah:
Dr. Adnan Hussein
Sinopsis:
Kursus ini adalah lanjutan daripada kursus YWP 222 - Kenalfaham DTP. Kursus ini adalah berorientasikan amali dengan memberi peluang kepada pelajar mempraktikkan kemahiran yang diperolehi dengan menerbitkan akhbar makmal Berita Kampus. Kursus ini meliputi teknikteknik penerbitan secara elektronik dan online seperti rekabentuk laman web, imejan digital dan kewartawanan foto. Pelajar akan mempelajari beberapa perisian komputer seperti Microsoft Frontpage.
Bahan Rujukan:
Adobe Creative Team (2000). Adobe Acrobat 4.0 Classroom in a Book ( The Classroom in a Book Series). Adobe Press.
Brooks, Brian S. (1997). Journalism in the Information Age. Boston: Allyn and Bacon.
Musburger, Robert B. (1991). Electronic News Gathering. Boston: Focal Press.
Reddick, Randy & King, E. (1995). The Online Journalist. Using the Internet and Other
Electronic Resources. Fort Worth: Harcourt Brace College Publishers.


33. YKT 300/4 - Latihan Amali
Penyelaras:
Timbalan Dekan
(Akademik dan Pembangunan Pelajar)
Sinopsis:
Pelajar-pelajar tahun 2 akan dihantar ke industri/organisasi pada semester II selama 8 minggu untuk menjalani latihan industri. Program ini bertujuan untuk memberikan pelajar pendedahan dan pengalaman industri/organisasi sebenar dalam bidang-bidang yang mereka ceburi. Ini adalah bersesuaian dengan falsafah untuk mencantumkan aspek-aspek teori dan praktikal dalam bidang pengajian mereka. Penempatan pelajar dalam industri/organisasi akan berasaskan kepada bidang pengkhususan seseorang pelajar. Sebagai contoh pelajar-pelajar kewartawanan akan ditempatkan dalam industri/organisasi percetakan dan seterusnya pelajar-pelajar yang menjurus dalam bidangbidang Filem, Komunikasi Pemujukan atau Radio dan Televisyen akan ditempatkan dalam
industri/organisasi yang bersesuaian.


34. YBP 341/9 - Pakej Komunikasi Pemujukan
Pensyarah
Prof. Madya Dr. Khor Yoke Lim
Dr. Mohammed Zin Nordin
Cik Nor Hayati Abdul Jalil
Sinopsis:
Komponen amali tahap 300 yang berbentuk pakej bernilai 9 unit ditawarkan pada semester akhir. Pelajar-pelajar yang mendaftar pakej ini akan dilatih dan diberi kemahiran di dalam perancangan, pelaksanaan dan penilaian kempen. Kempen komunikasi yang akan ditumpukan ialah kempen komunikasi pembangunan, kempen promosi periklanan dan kempen perhubungan awam. Perincian pakej adalah seperti berikut:
a. Analisis situasi c. Pengurusan dan pelaksanaan kempen
- pengumpulan bahan dan masalah - pengurusan media
- penakrifan masalah - pengurusan dan pemajuan kempen
- Ujian
b. Penerbitan Bahan Media d. Penilaian
- penerbitan kreatif - laporan penilaian kempen
- perancangan media - laporan penilaian keberkesanan kempen
- faedah dan kepentingan penilaian
- pembikinan audio
- pra-ujian bahan-bahan kempen


35. YFP 341E/9 - Pakej Filem dan Penyiaran
Pensyarah:
Dr. Shanthi Balraj
Dr. Juliana Abdul Wahab
En. Muhammad Hatta Mohammad Tabut
En. N. V. Prasad
Sinopsis:
Komponen amali tahap 300 bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada pengetahuan dan kemahiran profesional dalam bidang-bidang filem dan penyiaran. Pelajar digalakkan bereksperimen dan menampilkan kreativiti melalui aktiviti-aktiviti projek yang membangkitkan ide, imaginasi dan isu-isu yang menjadi perhatian semasa. Kursus ini mempunyai 4 komponen utama:
1. Pelajar akan didedahkan kepada pemahaman budaya Malaysia dan isu-isu budaya antara- bangsa yang mempengaruhi pembikinan filem dan bahan-bahan penerbitan audio dan video.
2. Pelajar akan menjalankan aktiviti penulisan skrip dan lakon layar dan menerokai genre- genre tertentu dalam penerbitan studio audio dan televisyen dan penerbitan video lokasi. Perhatian akan diberikan kepada kemahiran dalam pengumpulan maklumat, persembahan rancangan, pembentukan bunyi dan visual, penyuntingan, arahan dan pasca produksi.
3. Pelajar juga akan menganjurkan festival pameran dan seminar berhubung dengan filem dan penyiaran.
4. Pelajar juga akan diberi peluang untuk menilai isu-isu “pembentukan” dan “pelambangan” realiti skrin dengan meninjau penerbitan pelajar sendiri secara kritis dan analitikal. Penekanan juga akan diberikan kepada unsur-unsur originaliti dan inovasi dalam kandungan dan bentuk projek yang telah diusahakan dalam kursus ini.


36. YWP 341/9 - Pakej Kewartawanan
Pensyarah:
Prof. Madya Mansor Ahmad Saman
Prof. Madya Mustafa Kamal Anuar
Dr. Azman Azwan Azmawati
Sinopsis:
Pakej Kewartawanan terbahagi kepada tiga kompenen: Pengurusan dan penerbitan akhbar, majalah dan seminar. Pekej ini adalah pekej amali yang bertujuan mendedahkan pelajar kepada dunia kewartawanan dan selok-belok penerbitan akhbar serta majalah secara menyeluruh dan intensif. Bagi kompenen majalah, pelajar akan terbabit dengan penerbitan majalah di peringkat “siap-niaga”. Selain itu, pelajar juga perlu menghadiri dan menyertai seminar mingguan bagi membincangkan isu terkini dalam dunia kewartawanan.


37. YKT 305/3 - Kajian Bebas
Sinopsis:
Kursus ini ditawarkan untuk keperluan pelajar tahun akhir yang berminat untuk menerokai
isu/bidang-bidang tertentu dalam komunikasi. Kursus ini berbentuk penyelidikan. Pelajar akan
diberi bimbingan dalam penerokaan topik-topik dan isu-isu semasa komunikasi dalam era teknologi
terkini.

© Pusat Pengajian Komunikasi, Universiti Sains Malaysia, 11800 Penang, Malaysia
Developed and Maintained by Websmith ATP Sdh Bhd.